Tuesday, 15 September 2015

kegemilangan melaka



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



DISEDIAKAN OLEH:

SITI NUR DIANA BINTI JEFRE                            (16DPM15F1021)

AZYREEN DEANA BINTI RAHMAT                     (16DPM15F1009)

AHMAD MUBARAK BIN  BASHIZAN                  (16DPM15F1008)
                           
MUHAMMAD DIYAUDDIN BIN MD NIZAR        (16DPM15F1007)



TAJUK                             :KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA KURSUS             :PENGAJIAN MALAYSIA
KOD KURSUS                :DUB1012
SESI                                 :JUN2015
NAMA PENSYARAH     :EN.WAN MOHAMAD FISOL BIN WAN MIM
JABATAN                        :PERDAGANGAN





PENGHARGAAN

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberi keyakinan kepada kami sekumpulan untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya.
Kami sekumpulan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah yang sangat disayangi iaitu EN. WAN MOHAMAD FISOL BIN WAN MIM yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam proses menyiapkan kertas kerja juga telah memberi kepercayaan dan peluang dalam melakukan tugasan yang bertajuk KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Sepanjang kami melakukan tugasan yang diberi pelbagai impak telah kami dapati tentang zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Intipati dalam tugasan ini memberikan kami pelbagai kebaikan antaranya kerjasama dalam melakukan kerja berkumpulan, mengajar kami untuk lebih belajar tentang komunikasi antara satu sama lain, tak lupa juga mengajar kami menjadi seorang yang profesional dalam mengendalikan sesebuah kumpulan.
Seterusanya jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan.


PENGENALAN


Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak.Namun,Kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.
Selain Tanah Melayu,kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan,Sriwijaya dan Majapahit.Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang,Sumatra Tenggara.Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi.Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India,Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri.Dari segi agama,kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha  serta pengajian bahasa Sanskrit.Bahasa Melayu dikenali sebagaiBahasa Melayu Kuno’juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.


 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Di dalam kajian sejarah terdahulu,Melaka diasaskan pada awal abad ke-15.Pada tahun 1391,kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa).Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura).Pada waktu itu,Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam.Pemerintahan atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura,iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri. Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun pada tahun 1398,Ayudhya telah membuat serangan balas terhadap Singapura kemudian,Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di Muar,seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.
Namun begitu, di dalam kajian yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian mendalam terhadap naskhah Melayu agung iaitu Sulalatus Salatin.
Walaubagaimanapun,ketika Parameswara sampai di Melaka,di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.

Perkembangan politik Melaka pada tahap awal

Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan perlabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekira mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan daripada negara China terhadap Melaka.Maharaja Yung Lo,iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan  Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya Prameswara ditabalkan sebagai raja. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka ialah kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini. Hubungan baik dengan China dan perkhidmatan yang diberi memberi  peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.
Selain pengiktirafan, Melaka turut mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka akan terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit ekoran perlindungan daripada kerajaan China itu.


Pemerintahan kerajaan Melaka

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di Pertuan’.
Apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan Shah’.
Jadual menunjukkan pemerintah Melaka sehingga kejatuhannya.Melaka telah diperintah oleh sembilan orang raja yang bergelar sultan.
Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terkini.


Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka utama yang memeluk islam.Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat waktu itu iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’ , ‘daulat’, ‘tulah’, ‘nobat’.Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat bekesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana.Antara bahasa istana yang digunakan seperti , ‘titah’, patik’, ‘murka,  ‘kurnia’dan ‘anugerah;.Istilah lain pula,’ ‘bersiram,gering,berangkat dan mangkat.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya.Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir,pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan,mengawal keselamatan,mentadbir hal ehwal pelabuhan,merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana.Raja dibantu organisasi yang tersusun dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’. 


 SISTEM EMPAT PEMBESAR LIPATAN




 Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendara,Penghulu Bendari,Temenggung dan Laksamana∙
Antara peranan kempat-empat pembesar utama iaitu:

BENDAHARA
Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja∙ Beliau mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja∙ Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja∙ Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak 
ada∙ Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja∙


PENGHULU BENDAHARI
Beliau ialah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara∙ Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri∙ Beliau juga meyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar

TEMENGGUNG
Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeridan keselamatan∙ Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara∙ Justerubeliau menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti∙ 
Dalam soal adat istiadatbeliau bertindak sebagai ketua protokol

LAKSAMANA

Jawatan ini agak baharu berbanding dengan jawatan-jawatan lain Tokoh
 pertama yang menyandang jawatan ini  ialah  Hang  Tuah,iaitu semasa perintahan
 Sultan Mansur Syah∙Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan,
terutama di laut∙ Laksamana digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan
Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi
 diplomat dan membawa utusan kerajaan


FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA


Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika ,tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar  8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem Kebangsaan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat , iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. 

Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu: 

(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk


melaka sebagai sebuah kerajaan agung

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.


FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi
Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggah.

Faktor Ekonomi
Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya

.Faktor Politik dan Pentadbiran
Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman  Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.
Rumusan


Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 minggu ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik mengenai zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
      
 Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan negara kita  adalah melalui pemimpin negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pentadbiran di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,bekerjasama, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.