+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
DISEDIAKAN OLEH:
SITI NUR DIANA BINTI JEFRE (16DPM15F1021)
AZYREEN DEANA BINTI RAHMAT (16DPM15F1009)
AHMAD MUBARAK BIN
BASHIZAN (16DPM15F1008)
MUHAMMAD DIYAUDDIN BIN MD NIZAR (16DPM15F1007)
TAJUK :KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA KURSUS :PENGAJIAN MALAYSIAKOD KURSUS :DUB1012
SESI :JUN2015
NAMA PENSYARAH :EN.WAN MOHAMAD FISOL BIN WAN MIM
JABATAN :PERDAGANGAN
PENGHARGAAN
Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Allah
SWT kerana telah memberi keyakinan kepada kami sekumpulan untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya.
Kami sekumpulan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah yang sangat disayangi iaitu EN. WAN MOHAMAD FISOL BIN WAN MIM yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam proses menyiapkan kertas kerja juga telah memberi kepercayaan dan peluang dalam melakukan tugasan yang bertajuk KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Sepanjang kami melakukan tugasan yang diberi pelbagai impak telah kami dapati tentang zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Intipati dalam tugasan ini memberikan kami pelbagai kebaikan antaranya kerjasama dalam melakukan kerja berkumpulan, mengajar kami untuk lebih belajar tentang komunikasi antara satu sama lain,
tak lupa juga mengajar kami menjadi seorang yang profesional dalam mengendalikan sesebuah kumpulan.
Seterusanya jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan.
PENGENALAN
Kesultanan Melayu
Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak.Namun,Kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan
Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.
Selain Tanah
Melayu,kepulauan Asia
Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan,Sriwijaya dan Majapahit.Kesultanan Melayu Melaka
merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang,Sumatra Tenggara.Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13
Masihi.Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India,Asia Barat
dan China
serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri.Dari segi agama,kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama
Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit.Bahasa Melayu dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.
PENGASASAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
Di dalam kajian sejarah terdahulu,Melaka diasaskan pada awal abad
ke-15.Pada tahun 1391,kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa).Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan
para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura).Pada waktu
itu,Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah
kerajaan Ayudhya,Siam.Pemerintahan atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji
Singapura,iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri. Setelah
menewaskan penguasa pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di
Singapura.Namun pada tahun 1398,Ayudhya telah membuat serangan balas terhadap
Singapura kemudian,Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung
Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di Muar,seterusnya di Sening Hujung,
Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.
Namun
begitu, di dalam kajian yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan
kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian
mendalam terhadap naskhah Melayu agung iaitu Sulalatus Salatin.
Walaubagaimanapun,ketika
Parameswara sampai di Melaka,di situ telah pun wujud sebuah perkampungan
nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena dengan
nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain
yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu
Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak
perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada hingga kepada
waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang
termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.
Perkembangan politik Melaka pada tahap awal
Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan perlabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekira mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan daripada negara China terhadap Melaka.Maharaja Yung Lo,iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya
Prameswara ditabalkan sebagai raja. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari
negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah
prasasti kepada Parameswara. Melaka ialah kerajaan pertama di Asia yang menerima
penghormatan ini. Hubungan baik dengan China dan perkhidmatan yang diberi
memberi peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan
prestijnya.
Selain
pengiktirafan, Melaka turut mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan
China. Oleh itu, Melaka akan terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit ekoran
perlindungan daripada kerajaan China itu.
Pemerintahan kerajaan Melaka
Melalui
pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita
dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan
dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan
awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di Pertuan’.
Apabila
pemerintah kerajaan Melaka memeluk islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan
Shah’.
Jadual
menunjukkan pemerintah Melaka sehingga kejatuhannya.Melaka telah diperintah
oleh sembilan orang raja yang bergelar sultan.
Nama
Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan
Sarjana Terkini.
Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan
pemerintah Melaka utama yang memeluk islam.Sistem pemerintahan ini disebut
‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan
diganggu gugat.
Kuasa
dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan
amalan masyarakat waktu itu iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’ , ‘daulat’,
‘tulah’, ‘nobat’.Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang
melibatkan alat bekesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana.Antara bahasa
istana yang digunakan seperti , ‘titah’, patik’, ‘murka, ‘kurnia’dan
‘anugerah;.Istilah lain pula,’ ‘bersiram,gering,berangkat dan mangkat.
Melaka
dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun
sepanjang tempoh kekuasaannya.Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar
yang berfungsi sebagai pentadbir,pelaksana undang-undang dan peraturan
menghakimi perbicaraan,mengawal keselamatan,mentadbir hal ehwal
pelabuhan,merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat
istiadat istana.Raja dibantu organisasi yang tersusun dan fungsi masing-masing.
Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’.
SISTEM EMPAT PEMBESAR LIPATAN
Sistem
pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh
empat orang pembesar utama iaitu Bendara,Penghulu Bendari,Temenggung dan
Laksamana∙
Antara peranan kempat-empat pembesar utama iaitu:
Antara peranan kempat-empat pembesar utama iaitu:
BENDAHARA
Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja∙ Beliau mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja∙ Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja∙ Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak
ada∙ Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja∙
PENGHULU BENDAHARI
Beliau ialah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara∙ Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri∙ Beliau juga meyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar
TEMENGGUNG
Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeridan keselamatan∙ Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara∙ Justeru, beliau menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti∙
Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokol∙
LAKSAMANA
Jawatan ini agak baharu berbanding dengan jawatan-jawatan lain∙ Tokoh
pertama yang menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah,iaitu semasa perintahan
Sultan Mansur Syah∙Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan,
terutama di laut∙ Laksamana digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan∙
Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi
diplomat dan membawa utusan kerajaan∙
FUNGSI
EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA
Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak
kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,hulubalang besar
sebagai panglima perang, ulama, mandulika ,tentera, mantri, Seri Bija Diraja,
bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili
pembesar 8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini membentuk
‘Sistem Kebangsaan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua
golongan masyarakat , iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Secara
keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan
wilayah.
Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama,
iaitu:
(a)
Kota Melaka
(b)
Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c)
Wilayah-wilayah taklukan
(d)
Jajahan-jajahan takluk
melaka sebagai sebuah kerajaan agung
Kerajaan
Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang
luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan
undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka
pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Selain
itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam
di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru,
Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai
agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka
juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat
galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat
pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi
Kegemilangan
Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang
terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus
berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu,
iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki
kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan
dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut
yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang
bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka
menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang
mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang
sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggah.
Faktor
Ekonomi
Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka
dilimpahi kemewahan barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan
hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang
penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan
utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya
.Faktor Politik dan Pentadbiran
Hubungan
rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka
memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada
ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri
keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang
Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan
tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak
membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan
undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga
mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem
cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam
bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu,
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan
komunikasi di Melaka berjalan lancar.
Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 minggu ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik mengenai zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan negara kita adalah melalui pemimpin negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pentadbiran di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,bekerjasama, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
thanks
ReplyDeleteTerima kasih kerana membantu
ReplyDeleteKakak ada tk sumbangan bendahara
ReplyDeleteKakak saya nak tanya pasal kegemilangan kesultanan Melayu Melaka?
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteok
ReplyDeletethank you for ur help
ReplyDelete